fbpx

Drama polis kejar lori tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah lori dikejar beberapa buah MPV polis dalam kejadian di Kluang dan Pontian malam semalam.

PONTIAN – Seorang pemandu lori bertindak agresif apabila memandu kenderaan dalam keadaan berbahaya ketika cubaan melarikan diri daripada ditahan dalam pemeriksaan di bahu Jalan Parit Ismail, Simpang Renggam, Kluang dekat sini malam semalam.

Drama aksi polis mengejar suspek tular di media sosial dengan beberapa video menunjukkan pasukan kereta peronda (MPV) mengejar sebuah lori sehingga menimbulkan pebagai reaksi netizen.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.19 malam ketika Pusat Kawalan (DCC) Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) menerima panggilan daripada DCC Kluang meminta MPV Pontian untuk menahan lori berkenaan.

“Suspek berjaya dikesan berada di Jalan Parit Ismail, Simpang Renggam dan apabila suspek nampak pegawai polis sebelum bertindak agresif dengan mengundur lori lalu memecut ke Jalan Simpang Renggam – Benut.

“Sepanjang kejadian itu suspek hampir melanggar beberapa kenderaan awam yang berada di atas jalan sekitar Jalan Parit Makasar, Benut, Pontian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, dalam usaha memberhentikan kenderaan yang dipandu suspek, anggota MPV Kluang melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori.

“Lori diekori sehingga ke persimpangan lampu isyarat Taman Megah, Pontian sebelum suspek membuat pusingan U menghala balik ke Benut dan Simpang Renggam.

“Lori itu berhenti di sekitar Jalan Parit Telibek ke Simpang Renggam kerana ke empat-empat tayar pecah sebelum pemandu cuba melarikan diri namun tidak berjaya,”katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI