fbpx

Bomba selamatkan kucing atas pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu menurunkan seekor kucing yang terperangkap di atas pokok kelapa di Kampung Limbong, Paka dekat Dungun hari ini.

DUNGUN – Seekor kucing betina yang terperangkap di atas pokok kelapa setinggi lebih sembilan meter selama dua hari berjaya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Paka di Kampung Limbong, Paka di sini pada pukul 11.20 pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Paka, Mohd. Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pemilik kucing tersebut yang menyedari haiwan peliharaannya berada di atas pokok kelapa berkenaan yang terletak berhampiran kediamannya.

“Kita mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan kucing tersebut dengan menggunakan tangga untuk membawa turun haiwan tersebut.

“Difahamkan kucing tersebut telah terperangkap hampir 48 jam sebelum dikesan berada di atas pokok tersebut oleh pemiliknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Aidil Khairim berkata, kucing tersebut dipercayai memanjat pokok kelapa untuk menyelamatkan diri selepas dikejar seekor anjing.

“Kucing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan namun berada dalam keadaan lemah telah diserahkan kepada pemiliknya,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI