PUTRAJAYA – Sebanyak 1,327 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 333,040 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 11 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,316 kes adalah penularan tempatan.
Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 mencatatkan 14,518 kes.
“Terdapat empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,233 kes.
“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,247 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 317,289 kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 154 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 65 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, beliau berkata, Selangor merekodkan 356 kes diikuti oleh Sarawak dengan 276 kes dan Pulau Pinang sebanyak 205 kes.
“Seterusnya, Johor (141 kes), Kuala Lumpur (115 kes), Perak (55 kes), Sabah (50 kes) serta Kedah dan Kelantan masing-masing dengan 30 kes.
“Negeri Sembilan melaporkan 22 kes, Terengganu (18 kes), Pahang (11 kes), Melaka (10 kes), Perlis (lima kes) dan Putrajaya (tiga kes),” katanya. K! ONLINE.