fbpx

Tukar nama kepada ‘salmon’ untuk makan susyi percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 130 orang telah menukar nama kepada salmon untuk mendapatkan promosi yang dibuat restoran Ankido Sushi. – Jumi Kang/Pixabay

TAIPEI – Seramai 130 orang menukar nama mereka kepada Gui-Yu yang bermaksud ‘ikan salmon’ dalam bahasa Mandarin di pejabat pendaftaran di Taiwan semata-mata untuk memenuhi syarat promosi makan susyi percuma oleh sebuah rangkaian restoran di sini, lapor portal Mirror UK.

Rangkaian restoran susyi Akindo Sushiro menawarkan promosi ‘all-you-can-eat’ atau makan sepuasnya kepada pe­langgan bernama salmon dan dia boleh membawa lima rakannya.

Tawaran itu mencetuskan insiden disebut sebagai ‘kekecohan salmon’ berikutan ramai orang khususnya belia bertindak menukar nama mereka kepada salmon.

Pelanggan hanya perlu me­nunjukkan kad pengenalan mereka yang tertera perkataan Gui-Yu di premis Ankido Sushi antara 16 Mac hingga kelmarin dan mereka boleh menikmati susyi percuma.

Bagi pelanggan yang memiliki nama dengan bunyi hampir sama dengan salmon, mereka akan mendapat potongan harga 50 peratus.

Seorang pelajar kolej membe­ritahu stesen televisyen Taiwan, TVBS News bahawa dia telah menukar namanya kepada ‘Sal­mon Kacak yang Meletup’ dan menikmati hidangan susyi se­puasnya bernilai £176 (RM1,009).

Seorang wanita pula memberitahu dia bersama dua lagi rakan telah menukar nama kepada salmon dan akan menukar nama mereka kepada nama asal semula.

Antara nama lain yang didaf­tarkan bermaksud: “Tidak Tahan Mahu Makan Salmon Percuma, Putera Salmon, Raja Meteor Salmon dan Nasi Goreng Sal­mon.”

Begitu pun, Timbalan Menteri Dalam Negeri Taiwan, Chen Tsung-yen yang berang dengan insiden itu meminta orang ramai untuk berhenti menukar nama mereka kepada salmon kerana tindakan itu ‘membuang masa kerajaan’.

“Penukaran nama sebegini bukan hanya membuang masa malah menambah kertas kerja yang tidak perlu. Saya harap orang ramai bersikap lebih rasional,” ujarnya.

Di Taiwan orang awam boleh menukar nama mereka sebanyak tiga kali seumur hidup. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI