fbpx

Tujuh rumah, dua kenderaan musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan api kebakaran di Jalan Pulai Perdana 9/9, Taman Pulau Perdana, Skudai, Johor hari ini. -Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Tujuh buah rumah serta dua kenderaan musnah dalam satu kebakaran di Jalan Pulai Perdana 9/9, Taman Pulai Perdana, Skudai di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.13 pagi sebelum 12 anggota beserta dua buah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

Katanya, apabila bomba tiba, api dipercayai telah memusnahkan 40 peratus rumah berkenaan, selain turut menyebabkan kebakaran di garaj enam buah rumah lain.

“Akibat kejadian itu, sebuah kenderaan jenis Proton Exora dan sebuah motosikal Yamaha LC135 musnah dalam kejadian

“Kebakaran dipercayai bermula apabila sebuah kenderaan terbakar, pemiliknya cuba untuk memadam sendiri terlebih dahulu namun gagal sebelum api berkenaan merebak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kematian.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI