fbpx

TMJ serius beli saham kelab elit EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL mendedahkan bahawa beliau berminat untuk mempunyai pegangan saham dengan mana-mana kelab elit pada liga Eropah pada masa depan. – FOTO RAJA JAAFAR ALI

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serius dalam usaha untuk membeli saham dengan mana-mana kelab elit pada liga Eropah pada masa akan datang.

Tunku Ismail berkata, buat masa ini beliau masih meneliti dan perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan yang berat tersebut.

“Saya terbuka untuk memiliki saham dengan mana-mana pasukan elit di Eropah. Ini disebabkan saya memang berminat untuk menjadi pemegang saham kelab ternama sejak dahulu lagi.

“Saya berpandangan bahawa untuk memiliki pegangan saham yang kecil secara tidak langsung memberi manfaat kepada saya sebagai pemilik kelab serta memberi nilai tambah kepada JDT.

“Minat ini sudah lama, tapi sudah tentu sebelum membuat sebarang pelaburan, saya perlu membuat penilaian mendalam sama ada ia sesuai atau tidak selain mempertimbangkan pro dan kontra mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor semalam.

Tunku Mahkota Johor berkata, antara kelab Eropah yang dikaitkan untuk pemilikan saham ialah kelab Valencia, Liga Sepanyol, AC Milan (Itali) dan Manchester United (England).

Tunku Ismail memberitahu, dia tidak kisah untuk membeli saham dengan mana-mana kelab ternama di Eropah walaupun jumlah yang kecil dengan perancangan untuk mengukuhkan pegangan pada masa akan datang.

Katanya, dia mengatakan minat untuk membeli saham dengan Manchester United setelah mendapat tahu ada peluang pemilikan saham tidak sampai lima peratus.

“Kelab tersohor seperti United mengambil masa berdekad untuk nilai komersial kelab tersebut menurun. Maka, dari aspek sustainability (kelestarian), mereka cukup superb (hebat).

“Sebab itu, saya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Selain itu, kita juga akan menilai mana-mana tawaran lain yang menarik atau peluang yang lebih baik pada masa akan ­datang,” katanya.

Mengenai laporan pembelian pasukan Valencia, beliau berkata, pintu perbincangan mengenainya masih terbuka tetapi ada beberapa perkara yang harus kelab tersebut uruskan terlebih dulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI