fbpx

Setiap kerajaan negeri dapat RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengagihkan bantuan khas berjumlah RM20 juta masing-masing kepada setiap kerajaan negeri.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas berjumlah keseluruhan RM260 juta itu selaras pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada 17 Mac lalu.

Beliau berkata, bantuan itu akan diagihkan secara sama rata bagi pelaksanaan segera projek-projek kecil di setiap negeri bagi memulihkan ekonomi setempat di peringkat akar umbi.

“Projek-projek kecil yang akan dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 ini termasuklah pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam, pembaikan jalan, program ameniti sosial, baik pulih perumahan awam, serta penyelenggaraan premis perniagaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, projek-projek kecil itu juga penting bagi memastikan peniaga kecil dan penjaja mempunyai persekitaran kondusif untuk berniaga dikawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tengku Zafrul berkata, bantuan itu disalurkan demi keperihatinan kerajaan kepada seluruh rakyat di Malaysia.

“Kerajaan telah menambah peruntukan bagi projek berskala kecil pada tahun 2021 melalui Pemerkasa bagi terus merancakkan aktiviti projek-projek berskala kecil di peringkat negeri dan akar umbi,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI