fbpx

Sedia lonjak maruah pelumba wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFIE mengakui pasukannya masih setahun jagung, namun dia yakin Tuneboss-Pink Racing mampu melakukan kejutan musim ini. – FOTO FAISOL MUSTAFA

DIPANDANG sebelah mata ke­rana berstatus wanita pada sai­ngan Kejuaraan Cub Prix tidak mematahkan semangat pelumba Tuneboss-Pink Racing, Siti Norafizah Muhammad apabila dia bertekad membuktikan kemampuannya beraksi di Litar Antarabangsa Sepang esok.

Pelumba kelahiran Johor ini bukan setahun dua mengendali motosikal malah dia pernah menyertai perlumbaan kategori wira pada musim 2011 dan meraih tempat ketiga keseluruhan kate­gori Pro-Am pada musim 2016.

Siti Norafizah atau dikenali sebagai Fifie mengakui meskipun pasukan tersebut merupakan pendatang baharu dalam ­saingan CP125, namun dia yakin pa­sukannya itu mampu melakukan kejutan sepanjang musim ini.

“Boleh dikatakan sudah hampir 10 tahun saya terlibat dalam arena perlumbaan. Saya sudah biasa dengan kata-kata kurang enak pada awal penyertaan saya tetapi ada juga yang memberi ­semangat.

“Sebagai pelumba wanita, pasti­ mereka (kaum lelaki) pandang sebelah mata. Tipulah kalau saya kata tiada perasaan gugup atau takut tetapi kita berjuang atas kemampuan kita.

“Pengalaman mematangkan saya dan tolak tepi mengenai kata-kata kurang enak itu kerana saya anggap ia pembakar sema­ngat untuk berjuang di atas litar.

“Saya sudah menyertai perlumbaan sejak kecil lagi dan saya yakin mampu melakukannya. Sokongan padu daripada keluarga serta pasukan akan memberi semangat kepada saya tampil dengan lebih baik,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Rakan sepasukan Fifie, Muhammad Harith Farhan Baharin bersedia melakukan kejutan bersama pasukannya itu dan mahu memburu mata pertamanya dalam saingan tersebut.

“Perlumbaan minggu ini tiada halangan buat saya. Kami akan buat terbaik untuk menaiki podium. Meskipun kami pendatang baharu dalam saingan ini tetapi saya yakin kami mampu pergi lebih jauh.

“Pasukan telah melakukan persiapan yang cukup rapi bagi hadapi perlumbaan musim ini. Saya dan Fifie mahu lakukan sebaik mungkin untuk mengutip mata buat pasukan. Mengenai kritikan kepada saya dan pasukan, saya tidak ambil pusing malah saya anggap ia sebagai pembakar semangat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI