fbpx

Padah muat turun karya tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan di rumah suspek di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

PUTRAJAYA –  Tindakan seorang lelaki yang mempertontonkan karya tanpa kebenaran menerusi aplikasi Telegram mengundang padah apabila ditahan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Pengarahnya, Azman Adam berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 dengan menunjukkan karya di hadapan awam tanpa kebenaran pemilik hak cipta di media sosial.

Katanya, KPDNHEP dianggotai lima anngota telah membuat satu serbuan bersama pemilik hak cipta di sebuah rumah yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan.

“Serbuan ini hasil risikan kira-kira dua minggu dan maklumat yang disalurkan oleh pemilik hak cipta.

“Dalam serbuan ini, KPDNHEP turut merampas beberapa barang milik suspek berupa barangan peralatan komunikasi dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM 5,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, jika sabitkan kesalahan boleh didenda minimum RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi atau mengedarkan mana-mana karya hak cipta termasuk filem, lagu, buku berbentuk digital dan sebagainya di mana-mana medium internet termasuk melalui media sosial tanpa kebenaran pemilik hak cipta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI