fbpx

Kanak-kanak 12 tahun lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Mas di Kuantan dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing sebelum disahkan meninggal dunia.

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Mas, Sungai Lembing di sini hari ini.

Mangsa, Nur Syakirah Shahrizan yang cuba diselamatkan penduduk kampung berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu dua adik mangsa turut dibawa arus deras namun sempat diselamatkan bapa mereka.

“Pasangan guru berusia 41 dan 40 tahun dari Inderapura dekat sini, bersama enam anak mereka termasuk mangsa datang ke lokasi itu untuk berkelah dan mandi sempena cuti hujung minggu.

“Mereka tiba di lokasi kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum mangsa bersama dua adiknya turun mandi 45 minit kemudian.

“Ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus namun kejadian itu disedari bapa dan dua daripada mereka sempat diselamatkan,” katanya.

Mohamad Noor berkata, mangsa yang tenggelam ditemukan kira-kira 10 minit kemudian selepas usaha mencari dilakukan dengan bantuan penduduk kampung.

Katanya, mangsa diserahkan kepada bapanya sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing, namun disahkan sudah meninggal dunia.

Ujarnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI