fbpx

JDT II benam Perak FC II 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang JDT II, Nicolas Alberto dikawal dua pemain pertahanan Perak II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Larkin, Johor Bahru,Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mempamerkan kebangkitan setelah dua kali ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan berharga 3-2 ke atas pasukan Perak FC II pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti setelah Nazirul Afif Ibrahim dikasari Nafizuddin Fauzi dalam kotak penalti.

Adib Abdul Ra’op tidak berdepan masalah menyempurnakan peluang terhidang untuk meletakkan Perak FC II di hadapan seawal minit Keenam.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan tuan rumah menggandakan asakan mencari ruang untuk memadamkan gol pendahuluan tersebut.

Nafizuddin menebus kesilapan yang dilakukan dengan mencipta bantuan gol apabila hantaran lintangnya pada minit ke-16 yang disambut tandukan Fernando Rodriguez bagi menyamakan kedudukan.

Skuad bimbingan Syamsul Mohd. Saad sekali lagi berada di hadapan setelah Farid Khazali meledak jaringan menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gawang, Haziq Nadzli pada ke-38.

Pasukan kendalian Rafael Sanchez hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-57 namun rembatan deras Aysar Hadi Shapri yang menewaskan penjaga gol, G. Yuganes sekadar hinggap ke palang gol lawan.

Pada minit ke-62, JDT II berjaya memadamkan kelebihan pasukan pelawat menerusi jaringan Feroz Baharudin yang menyudahkan sepakan percuma Nicolas Fernandez.

Lima minit berselang, pasukan tuan rumah akhirnya berada di hadapan apabila Nicolas sekali lagi menghasilkan bantuan gol mengumpan pemain gantian Luis Cabrera yang menanduk masuk gol ketiga perlawanan pada minit ke-67.

Pasukan Perak II cuba untuk mencari gol penyamaan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata namun keputusan kekal ke wisel penamat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI