fbpx

Jaringan Pogba bawa United mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (dua dari kiri) yang kembali menyertai pasukan selepas pulih daripada kecederaan berjaya meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada United awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sa­ngat gembira apabila anak-anak buahnya berjaya membuktikan bahawa mereka layak dilabel pasukan pilihan selepas berjaya melepasi cabaran AC Milan untuk melangkah ke saingan Liga Europa musim ini.

Skuad The Red Devils berjaya mencipta kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Paul Pogba pada aksi kedua pusingan 16 terbaik di Stadium San Siro awal pagi semalam sekali gus meraih keputusan 2-1 secara agregat.

Kata Solskjaer, pujian wajar diberikan kepada semua pemain kerana bukan mudah untuk merekodkan kemenangan ke atas skuad The Rossoneri terutama di gelanggang keramat mereka dan lebih manis berjaya merekodkan aksi tanpa bolos.

“Kami cukup teruja apabila kerja keras yang dipamerkan sepanjang minggu ini membuahkan hasil dengan kejayaan mara ke saingan suku akhir Liga Europa. Milan adalah pasukan yang memiliki kelas tersendiri tetapi barisan pemain telah membuktikan keupayaan mereka untuk berdepan pasukan se­perti dan memenangi perlawanan.

“Ada beberapa pemain yang wajar diberikan pujian seperti penjaga gol kami, Dean Henderson yang berjaya menafikan beberapa peluang keemasan yang diraih oleh pasukan lawan selain Scott McTominay dan Fred.

“Namun, tidak wajar untuk saya lupakan kelibat Pogba yang kembali cergas daripada kece­deraan selepas terpinggir hampir dua bulan. Dia adalah pemain penting buat pasukan dan terbukti apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada aksi kali ini,” katanya.

United akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi aksi suku akhir Piala FA bertemu dengan Leicester City di Stadium King Power pada awal pagi Isnin ini bagi mencari slot ke separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI