fbpx

Gempa bumi kuat goncang pantai timur Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKHIDMATAN kereta api laju Shinkansen dihentikan susulan kejadian gempa bumi di pantai timur Jepun -JRTOKAI

TOKYO – Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran  tsunami selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Ritcher menggegarkan  pantai timur negara itu hari ini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan setakat ini.

Gempa bumi itu melanda pukul 6.09 petang (waktu tempatan) di perairan Lautan Pasifik  di luar wilayah Miyagi pada kedalaman 60 kilometer di bawah laut. Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran gelombang tsunami setinggi satu meter mungkin melanda.

Pihak utiliti tempatan sedang memeriksa status loji nuklear di wilayah tersebut dan syarikat kereta api tempatan menghentikan perkhidmatan termasuk operasi kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen serta-merta.

Sebilangan penduduk pesisir pantai mengatakan bahawa mereka telah berpindah ke tempat yang lebih tinggi setelah nasihat itu dikeluarkan hari ini.

Amaran  tsunami itu dikeluarkan tidak lama selepas genap 10 tahun Jepun menghadapi bencana gempa sekuat 9.0 pada 11 Mac 2011 sehingga menyebabkan tsunami sekali gus memusnahkan bandar Fukushima. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI