FESYEN selebriti tanah air pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu antara yang trending sepanjang minggu ini.
Antara yang masih segar dalam ingatan netizen adalah busana yang digayakan Ernie Zakri, Aina Abdul, Sherry Alhadad dan Ziana Zain.
Ramai yang menyamakan baju Aina persis kuih almond London, manakala Sherry pula kelihatan seperti menyarung plastik sampah pada lengannya.
Ada banyak perkongsian video parodi fesyen artis pada malam AJL35.
Cuma parodi berkenaan bukanlah untuk menghina. Sekadar hiburan semata-mata sebab fesyen itu subjektif!