fbpx

470 kenderaan dikenakan tindakan penguatkuasaan Ops Belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) melihat kontena yang disita pihak DBKL dalam Operasi BELANG yang dijalankan secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan seperti JPJ dan PDRM di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang di sini, hari ini.-Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 470 kenderaan dikenakan tindakan penguatkuasaan dalam Operasi Belang yang dijalanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Pusat Bandar Utara Selayang, di sini.

Operasi tersebut selama lima hari itu turut melibatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 16 hingga 20 Mac.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Sosio Ekonomi, DBKL, Anwar Mohd Zain berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 431 notis dikeluarkan antaranya, notis saman (418) dan notis pemberitahuan (13).

“Selain itu, 39 buah kenderaan telah ditunda melibatkan, lalu lintas (20) dan tersadai (6) serta parkir atas siar kaki (13),” katanya pada sidang akhbar di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, kesalahan paling banyak dicatatkan ialah kesalahan menghalang lalu lintas sebanyak 155 notis kompaun dikeluarkan di bawah Kaedah 16(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959.

Katanya, operasi tersebut dilakukan bagi mengambil tindakan ke atas kenderaan awam dan perdagangan yang menyebabkan halangan lalu lintas, kekotoran, pencemaran dan kerosakan jalan serta melanggar isyarat lalu lintas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI