fbpx

Tunggu habis SPM untuk maklum kematian ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi di laman sosial Facebook.

PETALING JAYA- “Mama tak beritahu sebab nak ambil peperiksaan, mama terpaksa”.

Demikian kata-kata seorang ibu ketika memaklumkan berita kematian ayah kepada anak lelakinya yang juga merupakan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video berdurasi 17 saat yang tular di laman Facebook sejak petang tadi, ibu terbabit terpaksa memaklumkan berita kematian itu terhadap anaknya yang sedang menduduki SPM.

Difahamkan, ibu terbabit berjumpa anaknya di asrama selepas tamat SPM bagi memaklumkan perkara itu hingga mencetuskan perasaan sedih dalam kalangan netizen.

Pun begitu, perkongsian video terbabit di laman media sosial mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan netizen apabila ada yang tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Menurut seorang netizen, Muhammad Nazmie Sudin, calon SPM itu sepatutnya diberikan peluang untuk menatap jenazah ayahnya buat kali terakhir.

“Maaf,adik ni patut dapat peluang tatap dan cium jenazah ayah dia buat kali terakhir kerana kita tak tahu berapa lama nak tunggu untuk berjumpa semula.

“Hal dunia boleh diulangi kalau dizinkan umur lagi oleh Allah,” tulisnya.

Sementara itu, Renushree Revina mendoakan agar calon SPM itu mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan.

“Kita tak tahu asbab ibunya merahsiakan kematian suaminya daripada prngetahuan anaknya, semoga segalanya baik sahaja untuk puan dengan adik ini selepas ini,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI