fbpx

Status pilihan bukan jaminan KL Wildcats

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFAZLIANA menggesa rakan-rakan sepasukan agar tidak melakukan kesilapan mudah apabila menentang Melaka Mystic di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

KAPTEN Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Nur Syafazliana Mohd Ali enggan menganggap status pasukannya yang dilabel antara gergasi bola jaring negara sebagai jaminan meraih kemenangan mudah.

Sebaliknya, Syafazlia­na, 28, menegaskan, mereka masih perlu memberikan permainan terbaik bagi memantapkan aksi KL Wildcats menjelang aksi pertama Kumpulan A saingan Netball Super League (NSL) menentang Me­laka Mystic hari ini.

Pada masa sama, Syafazliana yang juga kap­ten skuad kebangsaan, menggesa rakan-rakan sepasukannya agar tidak melaku­kan banyak kesilapan mu­­dah pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kia­ra, Kuala Lumpur itu.

“Kami sudah bersedia untuk berhadapan Melaka de­ngan persediaan latihan yang kami sudah lalui ketika ini. Sasaran perlawanan esok (hari ini) adalah memantapkan lagi corak perlawanan KL Wildcats.

“Saya anggap peluang sama rata antara kedua-dua pasukan. Siapa yang kurang melakukan kesilapan akan memenangi perlawanan esok (hari ini).

“Ini kerana kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku dalam gelanggang nanti, mungkin Melaka juga ada kejutan,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Atas kertas, KL Wildcats dilihat sebagai pilihan utama untuk memenangi edisi pertama NSL berdasarkan kemampuan barisan pemain yang pernah merasai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Selain Syafazliana, KL Wildcats turut diperkuatkan de­ngan goalkeeper kebangsaan, Noramirah Dayana Noor Azhar yang pernah meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Manila 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI