PUTRAJAYA – Malaysia akan keluarkan perintah bagi kakitangan diplomatik Korea Utara dan tanggungan mereka supaya meninggalkan negara dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia juga menutup Kedutaan Besar negara di Pyongyang yang operasinya telah ditangguhkan sejak tahun 2017.
“Malaysia kesal dengan keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia serta menyifatkan keputusan itu sebagai tidak mesra dan tidak konstruktif.
“Keputusan itu juga tidak menghormati hubungan kejiranan yang baik antara negara-negara dalam komuniti antarabangsa,” katanya. -K! ONLINE