fbpx

SK Taman Cempaka ditutup tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Taman Cempaka, Johor Bahru ditutup selama tujuh hari sehingga 25 Mac ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, di Tampoi di sini ditutup sementara ekoran berlaku penularan pandemik Covid-19 di kawasan berkenaan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, penutupan sekolah berkenaan dibuat selama tujuh hari bermula semalam hingga 25 Mac ini.

Menurut beliau, penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan dijalankan.

“Kakitangan dan murid sekolah berkenaan hari ini telah menjalani proses saringan swab test.

“Pemeriksaan dibuat juga mendapati sekolah berkenaan telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sejak ianya dibuka kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung satu memo yang tular di media sosial memaklumkan penutupan sementara sekolah berkenaan ekoran wabak Covid-19.

Memo tersebut memaklumkan seramai tiga murid dan masing-masing seorang guru dan seorang kakitangan sekolah disahkan positif Covid-19.

“Sehubungan itu, murid beberapa kelas melibatkan Tahun Dua, Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam akan menjalani ujian calitan.

“Ibu bapa dan penjaga akan dimaklumkan guru kelas terlibat berkenaan tarikh dan masa untuk murid menjalani ujian berkenaan,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI