fbpx

Rentas negeri, keputusan ditangan rakyat – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Rakyat negara ini yang akan menentukan sama ada mahu menyambut kedatangan perayaan dalam situasi yang membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri atau sambutan secara sederhana seperti tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara yang perlu dilakukan mereka ketika ini adalah memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan dalam usaha melawan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, statistik harian terkini sedang menunjukkan trend penurunan.

“Bila lihat data harian, jelas menunjukkan trend menurun, di waktu ini kita sepatutnya lagi berhati-hati untuk memastikan bahawa kes terus turun sebagaimana diharapkan.

“Sasaran kita kes baharu akan menurun kepada tiga digit pada bulan April manakala dua digit pada bulan Mei.

“Sama ada mahu berpuasa dan beraya dalam keadaan yang membolehkan pergerakan atau hendak berpuasa dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita pilih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menerusi lawatan kerja berkenaan, Abdul Hamid turut memuji Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang diterajui Ayob Khan atas pelbagai kejayaan yang berjaya direkodkan mereka.

“Saya lihat segala wawasan dan dasar ditetapkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin oleh Polis Johor, tahniah atas banyak kejayaan yg dicapai untuk mendaulatkan undang-undang negara dari semua sudut.

“Syabas juga diucapkan kepada Ketua Polis Johor kerana berjaya menjalankan tugas dengan versatil, dinamik, tegas, berhemah dan berintegriti, semua cukup, dan kuat makan capati pula,” selorohnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI