fbpx

PUBG-Hukumnya harus jika bermain pada kadar berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hukumnya harus jika bermain pada kadar berpatutan namun, ia cenderung makhruh jika bermain secara berlebihan, malah boleh jadi haram jika melanggar batas syarak.

Itu pandangan dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berhubung hukum permainan video dalam talian Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) yang kini menjadi kegilaan anak muda buat masa ini.

Menurutnya, hukum bermain PUBG boleh menjadi haram sekiranya pemain itu melanggar batas-batas ditetapkan syarak serta meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim seperti solat, melawan dan meninggikan suara kepada ibu bapa kerana tidak mahu berhenti bermain.

“Kami menasihatkan agar penstrim PUBG mengimbangkan waktu bermain dengan tuntutan sebagai seorang Muslim, seorang anak, seorang rakan, mahupun sebagai seorang bapa.

“Jangan mengabaikan urusan lain khususnya menjaga solat, tanggungjawab keluarga , menjaga kesihatan, menjaga batas pergaulan dan menjaga aurat.

“Kegagalan untuk meneliti dan mengambil berat aspek-aspek lain boleh mengubah status keharusan tersebut kepada hukum makruh bahkan boleh menjadi haram,” katanya.

Katanya, pihaknya menyarankan kepada penstrim supaya mengambil peluang menjadikan medium laman ‘gaming’ sebagai tempat untuk berdakwah dan mengajak penonton dan peminat untuk melakukan kebaikan.

Berkenaan hukum menjana duit pendapatan hasil daripada penstriman langsung (live streaming) PUBG di Facebook pula, hukumnya adalah harus dan boleh jadi haram jika meninggalkan kewajipan ditetapkan syarak seperti kewajipan solat dan menutup aurat.

Kerajaan juga mengiktiraf PUBG sebagai salah satu E-Sport dan menjanjikan peluang pekerjaan baharu bagi generasi akan datang maka hukum menjana duit melalui PUBG mengambil hukum yang sama seperti pekerjaan lain yang seumpama dengannya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI