fbpx

Polis Filipina selamatkan tiga mangsa culik Abu Sayyaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Polis Filipina semalam berjaya menyelamatkan tiga mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf yang dilaporkan berlaku di Perairan Pulau Tambisan, Sandakan tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, semua mangsa warga Indonesia berkenaan diselamatkan selepas bot yang dinaiki bersama seorang ahli Abu Sayyaf di Selatan perairan Pulau Tawi-Tawi mengalami kebocoran.

Operasi menyelamat mangsa terus dilaksanakan sebaik sahaja pasukan polis Filipina menerima panggilan kecemasan sebelum membawa semua mangsa ke pangkalan.

Siasatan mendapati, tiga warga Indonesia berkenaan adalah antara lapan mangsa culik yang dilakukan tujuh lelaki bersenjata pada 15 Januari 2020.

Bagaimanapun, tiga daripada mereka dilepaskan tanpa diketahui puncanya manakala seorang lagi mangsa terbunuh ketika kejadian berbalas tembakan dengan tentera Filipina.

Dalam pada itu, menurut sumber, hasil siasatan dijalankan polis Filipina mendapati salah seorang daripada mangsa yang diselamatkan sebenarnya adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI