fbpx

Pertikai Instafamous berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izara Aishah

PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah mempersoalkan me­ngapa semakin ramai selebriti media sosial (instafamous) diambil menjadi pelakon.

Perkara tersebut disuarakan pemilik nama lengkap Izara Aishah Hisham, 29, itu dalam satu ciapan Twitternya kelmarin.

“Ramai instafamous sudah jadi pelakon. Adakah stesen tele­visyen tiada bajet atau ke­rana pandemik Covid-19?” tulisnya.

Tidak berakhir di situ, pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa itu turut membuat andaian bahawa kebanyakan pelakon baharu dalam kalangan instafamous sebenarnya tidak mempunyai minat dalam bidang lakonan.

“Sesetengah daripada mereka tidak mempunyai minat sebagai pelakon. Zaman saya, kami pergi ke sesi uji bakat.

“Keghairahan kami ialah ingin menjadi seorang pelakon. Kami juga belajar tentang persembahan seni sebelum masuk dalam industri. Usaha yang kami berikan tidak sama seperti dengan apa yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Ciapan tersebut mendapat reaksi ramai malah ada yang mendakwa stesen televisyen hanya mengejar rating berban­ding kualiti.

Sebelum ini, beberapa orang selebriti tanah air seperti Amerul Affendi dan Zahiril Adzim turut menyuarakan pendapat tentang isu pihak stesen televisyen tempatan yang menitik beratkan jumlah pengikut Instagram seseorang pelakon berbanding kualiti lakonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI