fbpx

Permis jadi markas simpan LPG diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian tong gas yang disita KPDNHEP dalam Ops Gasak di Telok Panglima Garang semalam.

SEPANG – Sebuah premis perniagaan dua tingkat yang menjadi markas pemindahan gas petroleum cecair bersubsidi diserbu pihak berkuasa dalam Ops Gasak di Taman Telok, Telok Panglima Garang dekat sini semalam.

Serbuan dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa dari pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sepang kira-kira pukul 12.36 tengah hari.

Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan berkenaan adalah hasil daripada risikan selama tiga bulan yang dilakukan oleh Seksyen Penguat Kuasa pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang.

“Hasil risikan itu, pihak berkuasa mengesyaki terdapat aktiviti yang mencurigakan dijalankan di premis berkenaan berikutan terdapat hampir setiap hari lori membawa LPG keluar masuk ke premis terbabit,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini malam tadi.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan menemui sejumlah 20 silinder gas petroleum cecair bersubsidi berisi serta 92 silinder gas petroleum cecair bersubsidi yang tidak berisi.

“Sehubungan itu,  pihak berkuasa menyita sebuah lori tiga tan yang disyaki digunakan untuk mengangkut LPG dengan  jumlah keseluruhan nilai rampasan mencecah RM18,000.

“Turut ditemui di lokasi kejadian adalah resit penghantaran gas petroleum cecair bersubsidi oleh pembekal dari sekitar Selangor,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan, pihak berkuasa bertemu dengan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang disyaki sebagai pemilik kepada barangan di premis berkenaan.

“Melalui keterangan awal, dia memaklumkan premis terbabit mula beroperasi sejak lapan bulan lalu manakala bekalan gas petroleum cecair bersubsidi dipercayai diperoleh dari satu syarikat pembekal berlesen yang terletak di Sungai Pelek Selangor.

“Dianggarkan penggunaan silinder gas petroleum cecair bersubsidi bagi proses pemindahan di premis terbabit setiap bulan mencecah 200 silinder,” katanya.

Zikril Azan berkata, kerajaan kehilangan hampir RM36,000 nilai subsidi kesan daripada aktiviti penyelewengan oleh premis berkenaan sejak lapan bulan lalu.

“Bagaimanapun, nilai subsidi yang berjaya diselamatkan dalam serbuan ini kira-kira berjumlah RM2,500,” katanya.

Beliau berkata, kes akan siasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barangan kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI