fbpx

Penganggur tidak pakai pelitup muka ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.

LUMUT – Bukan sahaja enggan memakai pelitup muka, malah seorang lelaki dipercayai mengasari pekerja di kawasan medan selera yang menegurnya kerana enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Kampung Koh dekat sini petang semalam.

Berikutan itu, dua pekerja itu membuat laporan di Balai Polis Sitiawan sebelum suspek ditahan ketika sedang minum di medan selera tersebut kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek berusia 38 tahun berada di medan selera tersebut tanpa memakai pelitup muka pukul 2.44 petang.

“Suspek berang apabila ditegur tidak memakai pelitup muka dan dia kemudian membaling puntung rokok ke arah pekerja penjaga pintu masuk.

“Dia turut menendang beberapa kali kerusi pekerja yang sedang duduk selain turut mengasari pekerja lain yang cuba menenangkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nor Omar, suspek yang juga seorang penganggur disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai boleh merebakkan penyakit berjangkit iaitu Covid-19.

Beliau berkata, suspek direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI