fbpx

Melaka Mystic bukan pelengkap jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELAKA Mystic sedia menjadi pasukan pencabar dan bukan pelengkap jadual pada saingan NSL 2021 di Stadium Juara, Bukit Kiara yang bermula hari ini.

MELAKA Mystic enggan memberikan laluan mudah buat Kuala Lumpur (KL) Wildcats mencatat kemenangan menjelang aksi pertama Kumpulan A Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Jurulatih Melaka Mystic, Noorrul Afniza Ahmad Jamaludin menjelaskan, para pemainnya akan memberikan tentangan sengit kepada KL Wildcats walaupun tidak dapat melakukan persediaan mantap untuk kejohanan tersebut.

“Melaka akan cuba memberi saingan biarpun KL adalah pasukan paling kuat. Biasa orang te­ngok KL menang dengan senang tetapi sekarang kami tidak beri laluan mudah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Meskipun tidak dibarisi pemain kebangsaan, namun Noorrul Afniza menegaskan, Melaka Mystic akan cuba membuktikan bahawa mereka layak menjadi salah satu daripada lapan pasukan dijemput beraksi pada edisi pertama NSL kali ini.

Justeru, beliau menyasarkan kedudukan empat terbaik de­ngan mara ke peringkat separuh akhir sebagai dua pasukan ter­atas daripada Kumpulan A yang turut dibarisi Perak Phoenix dan Kedah Sunshine.

“Ini adalah peluang pertama buat Melaka selepas terpilih sebagai lapan pasukan NSL berbanding negeri-negeri lain. Kami akan cuba buat yang terbaik untuk mendapatkan tempat empat teratas.

“Kami bukan pasukan pelengkap jadual NSL. Persatuan sudah memberikan peluang dan sekarang kami kena tunjukkan bahawa kami layak menyertai kejohanan ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI