NYON, Switzerland – Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United berdepan undian ‘mudah’ pada aksi suku akhir Liga Europa selepas diundi bertemu kelab La Liga, Granada pada saingan yang akan berlangsung pada April depan.
Sementara itu, pasukan Arsenal yang berjaya menyingkirkan Olympiacos pada pusingan sebelum ini akan bertemu dengan wakil Republik Czech, Slavia Prague.
Pertembungan buku bertemu ruas pada pusingan kali ini menyaksikan Ajax Amsterdam akan bertembung dengan kelab gergasi Serie A, AS Roma.
Akhir sekali, Dinamo Zagreb yang mencipta kejutan menewaskan Tottenham Hotspur awal pagi tadi akan bertemu Villareal
Aksi pertama saingan suku akhir dijadualkan berlangsung pada 8 dan 15 April depan manakala saingan final tahun ini akan dilangsungkan di Gdanks, Poland. AGENSI
SUKU AKHIR LIGA EUROPA
GRANADA lwn MAN. UNITED
ARSENAL lwn SLAVIA PRAHA
DINAMO ZAGREB lwn VILLAREAL
AJAX AMSTERDAM lwn AS ROMA