fbpx

KPWKM mohon maaf isu terminologi Elaun Pekerja Cacat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPWKM

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memohon maaf sekiranya terminologi Elaun Pekerja Cacat (EPC) menyinggung perasaan dan sensitiviti golongan tertentu seperti yang tular di media sosial.

KPWKM dalam satu kenyataan akhbar hari ini menjelaskan bahawa terminologi itu telah digunakan sejak tahun 1970-an.

Menurutnya, kementerian kini sedang memperhalusi perkara itu dan mengkaji terminologi-terminologi sedia ada yang masih diguna pakai sehingga kini.

“Terminologi itu akan dijenamakan semula seiring dengan Sambutan Ulang Tahun ke-75 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan disambut pada 7 April ini.

“EPC adalah nama bantuan yang digunakan dalam urusan pemberian bantuan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) bagi menggalakkan mereka untuk terus bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

“Selain EPC, JKM juga menguruskan pemberian bantuan lain kepada golongan OKU iaitu Geran Pelancaran (GP) yang diberi bagi membolehkan OKU menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil,” katanya.

Isu terminologi EPC menerima kecaman netizen selepas ia diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada Rabu lalu.

Menerusi pengumuman khas itu, kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan EPC daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI