fbpx

Jambatan gantung Lata Keding runtuh angkara budak nakal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jambatan gantung Lata Keding, Jeli yang runtuh ketika pengunjung menaiki jambatan itu tengah hari tadi.

JELI – Tindakan nakal sekumpulan remaja yang mencabut papan tanda amaran penyelengaraan di jambatan gantung Lata Keding di sini menyebabkan jambatan itu runtuh dan mencederakan kira-kira 10 orang pengunjung di pusat rekreasi itu hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, jambatan gantung itu runtuh menyembah bumi ketika 10 orang pengunjung sedang meniti jambatan di pusat rekreasi berkenaan.

Penghulu Mukim Gemang, Noorzaha Daud berkata, kejadian itu menyebabkan pengunjung-pengunjung yang menaiki jambatan gantung itu mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.

Katanya, bagaimanapun tiada kecederaan serius yang dialami oleh pengunjung yang terlibat dalam kejadian itu setakat ini.

“Jambatan itu masih belum boleh digunakan sepenuhnya untuk pengunjung. Kita telah meletakkan papan tanda amaran supaya orang ramai tidak menaiki jambatan itu yang masih dalam penyelengaraan.

“Bagaimanapun, ada budak-budak nakal yang datang ke sini dan membuang papan tanda yang kami letakkan di hadapan kawasan jambatan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Noorzaha, dia amat kesal dengan insiden itu dan berharap pihak berkuasa dapat bekerjasama dalam usaha untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Ahmad Ariffin berkata, polis telah menerima maklumat berhubung kejadian tu.

Katanya, bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan setakat ini dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI