fbpx

Hamzah hubungi KPN dakwaan kartel dalam PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainuddin

IPOH – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berikutan dakwaan wujud kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkannya.

Menurut Hamzah, beliau telah menghubungi Abdul Hamid semalam mengenai perkara tersebut.

“Sebelum ini perkara yang KPN (Ketua Polis Negara) maklumkan itu adalah kepada umum, saya sebagai Menteri tidak dimaklumkan awal.

“Jadi semalam saya sudah pun menghubungi KPN dan meminta beliau menyediakan laporan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin KDN di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Hamzah, laporan penuh mengenai dakwaan berkenaan diperlukan agar perkara yang diumumkan kepada rakyat selepas ini lebih jelas.

“Agar selepas ini perkara yang diumumkan kepada rakyat lebih jelas, tidak samar-samar atau menimbulkan persepsi yang kurang baik.

“Sebab itu saya meminta agar beliau melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP),” katanya.

Semalam, Hamzah berkata, Abdul Hamid perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berhubung dakwaannya mengenai kewujudan kartel dalam PDRM dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkannya.

Hamzah, yang juga Pengerusi SPP dilaporkan berkata, Abdul Hamid tidak pernah membawa isu itu kepada SPP malah pertama kali beliau mendengar ‘ada kartel dalam PDRM.’ – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI