fbpx

Felda uji baja Taaveekun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasman Ithnain (dua dari kiri) melihat baja Taavekun sempena Majlis Demontrasi Penaburan Perapi Tanah Taavekun di ladang kelapa sawit Felda Aping Timur, Kota Tinggi, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Felda mengadakan projek percubaan menggunakan baja jenama Taaveekun di beberapa ladang kelapa sawit milik badan tersebut di daerah ini bagi melihat sejauh mana suplemen itu mampu membantu meningkatkan jumlah pengeluaran hasil tanaman tersebut.

Ahli Lembaga Pengarah Felda, Rasman Ithnain berkata, percubaan tersebut akan dibuat melibatkan beberapa kawasan ladang di Felda Aping Barat, Felda Aping Timur dan Felda Bukit Ester di sini.

Katanya, pihaknya mensasarkan jumlah peningkatan penghasilan buah antara 10 ke 15 peratus dalam masa antara enam bulan ke setahun dengan penggunaan baja berasaskan mineral itu sebelum dipertimbangkan untuk diperluas ke kawasan lain.

Jelasnya, ini adalah inisiatif yang dibuat oleh Felda yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dengan memberi peluang kepada penggunaan baja yang berbeza dalam usaha membantu menambah pendapatan golongan peneroka bagi mencapai sasaran pendapatan RM5,000 sebulan bagi 10 ekar tanah tanaman.

“Sebelum ini, kita hanya menggunakan baja yang diperoleh daripada pihak tertentu yang mendapat tender tersebut, jadi kali ini kita ingin membuat perubahan. Oleh itu kita membuat percubaan pada hari ini untuk melihat sejauh mana ia mampu memberi pulangan dengan peningkatan hasil sebanyak 10 hingga 15 peratus setahun.

“Sekiranya ia terbukti berkesan mampu mendapatkan pulangan yang baik, kita akan melibatkan penggunaan baja Taaveekun ini kepada tanah peneroka Felda yang lain di masa akan datang,” katanya pada program demonstrasi penaburan perapi tanah Taaveekun di Ladang Kelapa Sawit Aping Timur, di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI