fbpx

Bapa Achey meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham sebelum ini berdepan masalah kesihatan selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya pada Oktober 2016.

PETALING JAYA – Bapa kepada pelawak Achey, Hamzah Salam meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor tengah malam tadi.

Berita pemergian bapanya itu dikongsikan Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 34, menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagramnya.

“Tiada lagi abah. Tapi abah tetap dalam diri kami,” tulisnya yang berkongsi foto hitam putih dirinya duduk sambil memandang ke lantai menandakan kesedihan dialami atas pemergian insan tersayang.

Terdahulu, ahli kepada kumpulan Bocey itu menerusi hantaran berbeza memaklumkan bapanya yang berusia 85 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital awal pagi semalam bagi mendapatkan rawatan kecemasan selepas tidak sedarkan diri.

“Assalamualaikum, terima berita abah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Segamat.

“Kami sekeluarga mohon doa daripada anda untuk abah. Achey tak boleh nak fikir dah ni, jadi tergamam sekejap.

“Tahun lepas Muzikal Lawak Superstar, arwah ayah mentua pergi, tahun ini diuji pula abah tak sedar, dalam program yang sama,” katanya.

Allahyarham sebelum ini berdepan masalah kesihatan selepas mengalami cedera parah akibat kemalangan jalan raya pada Oktober 2016.

Sementara itu, Achey ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi berkata, jenazah Allahyarham bapanya masih berada di hospital atas prosedur pengesahan.

“Jika cepat urusannya, dapatlah kami kebumikan jenazah awal, jika tidak insya-Allah selepas Asar,” katanya ringkas.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI