PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Rayuan pada majlis yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hakim terbabit ialah hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Ghazali Cha, Datuk Seri Mariana Yahya, Datuk See Mee Chun dan Datuk Hashim Hamzah
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan itu turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf.
Turut hadir Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – K! ONLINE