fbpx

52 PATI naik tongkang gagal lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA PATI yang menaiki tongkang ditahan PPM di perairan Tanjong Karang, semalam.

KLANG – Cubaan 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menyusup masuk ke negara ini dengan menaiki tongkang tidak berhasil apabila ditangkap di perairan Tanjong Karang dekat sini, semalam.

Semua warga asing termasuk kanak-kanak berusia empat hingga 45 tahun itu ditahan pukul 10 malam oleh Pasukan Polis Marin (PPM).

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejayaan itu hasil rutin rondaan pihaknya bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Maritim Malaysia (APMM) dalam Op Benteng.

“Melihat kecurigaan bot itu, kita menuju ke lokasi bot tongkang berkenaan kira-kira 10 batu nautika dari Pantai Tanjong Karang.

“Hasil pemeriksaan kemudian menemukan 52 individu disyaki PATI terdiri daripada 24 lelaki, wanita (27) dan seorang kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, seorang individu disyaki tekong bot itu sempat meloloskan diri dengan terjun ke laut.

“Kita kemudian cuba menjalankan operasi mencari namun gagal berikutan keadaan cuaca gelap,” katanya.

Kata Rosman, kesemua warga asing itu termasuk tiga kru bot dibawa ke Pangkalan PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

“Kru bot itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

“Manakala, penumpang itu ditahan atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI