fbpx

13 pegawai maut dalam serangan hendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan polis dipenuhi kesan tembakan peluru dalam serangan hendap di Mexico. - TWITTER

BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam serangan hendap oleh sekumpulan penjenayah di bandar Coatepec Harinas, Mexico pada Khamis, lapor agensi berita AFP, tengah malam tadi.

Pasukan itu sebelumnya melakukan rondaan secara berkonvoi ketika menjalankan operasi dengan menyasarkan kumpulan bersenjata di daerah tersebut.

Rakaman gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kenderaan polis dengan kesan tembakan peluru dan mayat terbaring di tepi jalan.

Kementerian Keselamatan Negeri dan Pendakwa Raya berkata, mangsa terdiri daripada pegawai polis dan pegawai dari pejabat peguam daerah, tanpa menyalahkan kumpulan penjenayah tertentu.

Pasukan keselamatan telah melancarkan usaha memburu dalang serangan hendap itu yang dikecam pihak berkuasa sebagai serangan pengecut.

Bandar Raya Mexico merupakan kawasan paling banyak berlaku insiden keganasan melibatkan pelbagai geng jenayah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI