fbpx

1,208 kg ros segar dirampas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada ros segar dari Ethiopia yang dirampas Maqis di KLIA, Selasa lalu.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 1,208 kilogram (kg) keratan bunga ros segar bernilai RM43,210.65 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, keratan bunga ros dari Ethiopia itu dirampas hasil pemeriksaan rutin oleh pegawainya di kawasan pemeriksaan Maqis Kargo KLIA pada pukul 3 petang, Selasa lalu.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap dokumen mendapati ia tidak mematuhi syarat permit import sah yang dikeluarkan jabatan itu.

“Terdapat kesalahan dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen yang diisytiharkan iaitu kekeliruan nombor permit pada sijil fitosanitasi dan permit import dikemukakan kepada pegawai Maqis bertugas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bunga ros segar dari Ethiopia yang dirampas Maqis.

Zamri berkata, kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit adalah satu kesalahan menurut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, Maqis akan sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport.

“Langkah ini bagi mengelakkan kemasukan dagangan diimport bersama penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan negara serta mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI