fbpx

Wanita warga Bangladesh dikehendaki JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ummi Kulsum.

PUTRAJAYA – Seorang wanita warga Bangladesh dikehendaki Jabatan Imigresen (JIM) bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.

JIM menerusi kenyataan berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Ummi Kulsum, 35, dengan nombor pasport BR0622892.

“Individu tersebut dikesan bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas pendatang asing tanpa izin (PATI) Semenyih berhubung kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Alamat terakhir wanita itu adalah No.35A, Tingkat 1, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur,” katanya.

Sehubungan itu, JIM memohon orang ramai menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Noramrina Saat di talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-8880 1555 selepas waktu pejabat. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI