fbpx

Wajah Janna Nick iras Meerqeen? Dini rasa tergugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Dini Schatzmann meluahkan rasa tergugat kerana ramai netizen menyifatkan wajah kekasihnya Janna mirip seperti Meerqeen.

PETALING JAYA – Kekasih Janna Nick, Dini Schatzmann sepertinya berasa terancam selepas ada netizen mendakwa wajah teman wanitanya seiras dengan pelakon muda, Meerqeen.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann, 26, berkongsi sekeping foto bersama Janna berserta kapsyen mengusik pelakon tersebut.

“Seronok ke depa (mereka) cakap muka awak macam Meerqeen?” kata pelakon yang pernah membintangi drama Cik Reen Cik Ngok Ngek itu.

Pelakon yang mula dikenali sejak tahun 2018 itu memberi respons terhadap komen-komen peminat yang menyamakan wajah Janna seperti pelakon muda Meerqeen.

Biarpun berdarah campuran Melayu-Switzerland, Dini barangkali sedar ada pendapat mengatakan jika seseorang lelaki dan perempuan itu memiliki wajah seiras, mereka sebenarnya mempunyai jodoh untuk menjadi suami isteri.

“Semua komen ‘jodoh’. Habis itu saya ini apa?” katanya sambil meninggalkan tanda pagar #marrymesenorita.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya mendakwa Dini seakan-akan cemburu dan berasa ‘tergugat’ dengan dakwaan netizen mengatakan bahawa wajah Janna mirip Meerqeen.

“Hello Janna. Ada orang itu cemburu,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Dalam satu komen berbeza, seorang pengikutnya cuba menenangkan hati Dini dengan memberitahu bahawa Janna akan menjadi miliknya walaupun dikatakan memiliki wajah seiras Meerqeen.

“Bertabahlah Dini. Muka sahaja seiras tapi hati Janna tetap milik awak,” katanya.

Dini dan Janna kini menjalin hubungan cinta sejak mula rapat pada Jun 2019.

Dalam satu kenyataan media, Janna memberitahu antara sebab dia jatuh hati dengan Dini adalah kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI