fbpx

Uniten Muadzam Shah tidak akan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga dari kanan) diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan program ceria ke sekolah kepada wakil Sekolah Kebangsaan Mambang Muadzam Shah di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah di Rompin tidak akan ditutup meskipun terdapat masalah kekurangan pelajar di universiti berkenaan.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan itu pihak universiti sedang berusaha meningkatkan jumlah pelajar di universiti itu yang boleh menempatkan kira-kira 4,000 pelajar.

“Saya sudah jelaskan bahawa TNB membuat keputusan dalam mesyuarat lembaga pengarah bahawa Kampus Muadzam Shah tidak akan ditutup.

“Cuma kita hendak tingkatkan pelajar yang mana pada masa ini ada kira-kira 1,400 pelajar,” katanya pada Program Ceria ke Sekolah TNB di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin.

Seramai 2,200 pelajar sekolah rendah di seluruh negeri menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM220,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI