fbpx

Tunku Azizah kurnia Anugerah Merit Ibn Khaldun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengurniakan Anugerah Merit Ibn Khaldun kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 hari ini.

Majlis itu berlangsung di Muzium Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Kampus Kuala Lumpur.

Raja Permaisuri Agong yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Laman Facebook rasmi Istana Negara berkata, penganugerahan kepada Ketua Pengarah Kesihatan sebagai mewakili petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan negara.

“Penganugerahan ini bagi menghargai jasa dan usaha para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang melanda,” kata Istana Negara.

Menurut Istana Negara, Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM yang diperkenalkan sejak 2018 adalah anugerah untuk mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI