fbpx

Tindakan AS cabul hak perbicaraan adil – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

PETALING JAYA – Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menahan maklumat yang boleh membantu pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah satu pencabulan ke atas hak perlembagaan kepada perbicaraan yang adil.

Ketua Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan Barisan Nasional, Azalina Othman Said turut berkata, tindakan AS yang didakwa melindungi Goldman Sachs demi kepentingan mereka juga amat membimbangkan.

“Kerajaan AS seakan-akan aktif dalam melindungi Goldman Sachs dan bersama-sama demi kepentingan mereka semata-mata.

“Keadaan ini amat merisaukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, AS harus mengemukakan keterangan dan bukti yang boleh menzahirkan pendedahan penting berkaitan pembelaan Najib.

“Peguam Ng memohon mahkamah di New York untuk mengarahkan pematuhan kepada sapina untuk memberikan keterangan dan mengemukakan dokumen untuk membuktikan bahawa pegawai-pegawai 1MDB terlibat dalam skim jenayah yang membabitkan Jho Low dan Leissner.

“Surat dari peguam Roger Ng juga menarik perhatian hakim bahawa perkara tersebut adalah sensitif kepada masa memandangkan perbicaraan 1MDB masih berjalan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI