fbpx

Tak mengaku salah bunuh ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JELEBU – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya.

Tertuduh, G. Gobinathan, 45, dari Bandar Seri Jempol dekat sini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa menyebabkan kematian A Nirmala, 51, di Kampung Dusat, Jempol pada pukul 7.30 malam, 3 Mac hingga pukul 3.30 pagi, 4 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Artikel berkaitan: Lelaki diberkas disyaki bunuh ibu saudara

Muhammad Hidayat menetapkan 16 April ini bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI