fbpx

Nadal tidak beraksi di Terbuka Miami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL belum dapat memberi keputusan sama ada akan menyertai Sukan Olimpik Tokyo atau sebaliknya susulan bimbang dengan situasi pandemik Covid-19.

MIAMI – Pemain No. 3 dunia, Rafael Nadal mengesahkan bahawa dia tidak akan menyertai kejohanan bertaraf Masters pada saingan Terbuka Miami yang akan bermula pada minggu depan kerana masih belum pulih daripada kecederaan belakang yang dialami sebelum ini.

Sebagai rekod, Nadal tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak tewas pada aksi suku akhir Terbuka Australia bulan lepas dengan turut mengambil keputusan untuk menolak penyertaan Terbuka Dubai yang berlangsung baru-baru ini.

Pemain berusia 34 tahun dilaporkan mahu memastikan dirinya cergas dan mendapat rehat yang cukup sebelum Siri Jelajah ATP akan membuka tirai saingan tanah liat di Eropah pada bulan depan.

“Saya sangat kecewa kerana terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan Terbuka Miami yang memiliki prestij tersendiri, Malah, Miami juga merupakan salah satu bandaraya kegemaran saya.

“Namun, kecederaan yang saya alami pada Terbuka Australia sebelum ini masih dirasai dan saya enggan mengambil risiko kerana mahu memastikan diri cergas sepenuhnya menjelang saingan tanah liat yang akan bermula bulan depan,” katanya.

Sebagai rekod, Nadal yang merupakan juara Grand Slam sebanyak 20 kali tidak pernah memenangani Terbuka Miami dalam kariernya meskipun berjaya melangkah ke pentas final sebanyak lima kali sebelum ini.

Sementara itu, pemain sensasi Britain, Andy Murray yang kini menduduki ranking No. 118 dunia telah diberikan tiket wildcard oleh pihak penganjur untuk menyertai Terbuka Miami sekali gus penyertaan pertama peribadinya sejak edisi 2016. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN