fbpx

Manfaat kewangan buat pelanggan Takaful Ikhlas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas General Bhd. (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. menawarkan manfaat kewangan kepada pesertanya yang terjejas akibat pandemik ini melalui inisitiaf Covid-19 Relief #weprotecteveryone.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Eddy Azly Abidin berkata, perkhidmatan tersebut percuma buat peserta Takaful Ikhlas yang mempunyai sijil perlindu­ngan individu bagi mana-mana produk motor, kebakaran dan kemalangan peribadi (P.A.), termasuk kemalangan peribadi secara berkelompok (GPA).

Menurut beliau, melalui inisiatif tersebut, peserta akan menerima manfaat elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

“Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah berupa perlindungan kemalangan diri Ikhlas P.A. Permata yang menawarkan perlindungan sehingga RM300,000 dan pemenang akan dipilih melalui cabutan bulanan yang diberi nama Cabutan Rezeki COVID-19 Relief #weprotecteveryone.

“Kami menyedari impak pandemik Covid-19 kepada para peserta dan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, Eddy menerangkan, fokus syarikat kini adalah untuk membantu peserta yang terkesan ini dan memastikan masyarakat mendapat perlin­dungan bagi melayakkan mereka menerima manfaat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI