fbpx

Kereta api undur 35 kilometer elak lembu melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMUA penumpang dihantar ke bandar Tanakpur dengan selamat dan tiada kecederaan diaporkan. - AFP

NEW DELHI – Gara-gara ingin mengelak daripada melanggar lembu, seorang pemandu kereta api di India terpaksa menekan brek secara mengejut sehingga menyebabkan kenderaan itu bergerak secara mengundur sejauh 35 kilometer (km),” lapor agensi berita AFP hari ini.

Insiden itu membabitkan perkhidmatan rangkaian kereta api penumpang dari New Delhi ke bandar Tanakpur di wilayah Uttarakhand dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pengurusan Kereta Api Timur Laut berkata, insiden yang berlaku pada Rabu itu disebabkan lembu melintas dan tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana kereta api itu dikendalikan.

“Kereta api itu berhenti tidak jauh dari bandar Khatim. Ia tidak tergelincir dari landasan dan semua penumpang dihantar ke Tanakpur dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Katanya, susulan kejadian, pemandu dan pengawal keselamatan yang terlibat telah digantung tugas.

Dilaporkan kereta api itu hilang kawalan dan berundur sejauh 35km, namun Kementerian Perkhidmatan Kereta Api India tidak mengesahkan jarak tersebut.

Rakaman video detik mencemaskan itu turut menjadi tular di media sosial. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI