fbpx

Kehadiran penonton di acara sukan dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran penonton dalam acara sukan di stadium dibenarkan. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan kehadiran penonton di acara sukan di stadium bermula 1 April.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

“Bagi kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 (mana-mana lebih rendah) dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa dibenarkan.

“Sementara di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 (mana-mana yang lebih rendah) dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa,” katanya dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Bagaimanapun katanya, semua penganjuran kejohanan dengan kehadiran penonton adalah tertakluk kepada kebenaran oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kebenaran ini akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2021, dengan dua perlawanan bola sepak dalam Liga Malaysia (MFL) yang akan dibenarkan dahulu sebagai percubaan /Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton.

“Di samping itu, pihak KBS, MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan turut memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan khususnya dalam aspek pergerakan, kemasukan dan penyuraian penonton semasa perlawanan tersebut nanti,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI