fbpx

Ka Siong buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini membuat satu laporan polis berhubung penyebaran satu video fitnah berunsur perkauman yang mengaitkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Satu laporan polis dibuat Setiausaha Sulit Menteri Pengangkutan, Ong Cher Chin di Balai Polis Presint 7 di sini, kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Ka Siong menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat menyiasat perkara itu dengan segera.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap dalang di sebalik video yang menyebarkan berita tidak benar serta berbaur perkauman ini kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara ini.

“Memang video ini berbaur perkauman dan berita tidak benar.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) adalah bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya,” katanya.

Tegasnya, tohmahan yang disebut dalam video itu dilihat bertujuan merosakkan nama kerajaan, parti MCA, Barisan Nasional (BN) dan dirinya sendiri.

Sebelum ini, tular satu video berbentuk hasutan mendakwa kononnya hukuman bagi pemandu mabuk alkohol sengaja diberatkan dengan menyasarkan kaum India manakala, hukuman bagi pemandu di bawah pengaruh dadah pula tidak diberatkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI