fbpx

Izara persoal ramai instafamous jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izara

PETALING JAYA – Melahirkan rasa hairan, pelakon Izara Aishah mempersoalkan mengapa semakin ramai selebriti media sosial (instafamous) diambil menjadi pelakon pada hari ini.

Perkara tersebut disuarakan pemilik nama lengkap Izara Aishah Hisham, 29, dalam satu ciapan Twitternya semalam.

“Ramai pensohor media sosial sudah jadi pelakon.

“Adakah stesen televisyen tiada bajet atau kerana pandemik Covid-19?,” tulisnya.

Tidak berakhir di situ, pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa turut membuat andaian bahawa kebanyakan pelakon baharu dalam kalangan instafamous sebenarnya tidak mempunyai minat dalam bidang lakonan.

“Sesetengah daripada mereka tidak mempunyai minat sebagai pelakon. Zaman saya, kami pergi ke sesi uji bakat.

“Keghairahan kami ialah ingin menjadi seorang pelakon. Kami juga belajar tentang persembahan seni sebelum masuk dalam industri. Usaha yang kami berikan tidak sama seperti yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Ciapan tersebut seterusnya mendapat reaksi ramai malah ada yang mendakwa stesen televisyen hanya mengejar rating berbanding kualiti.

Sebelum ini, beberapa orang selebriti tanah air seperti Amerul Affendi dan Zahiril Adzim turut menyuarakan isu tentang pihak stesen televisyen tempatan menitikberatkan jumlah pengikut Instagram berbanding kualiti lakonan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI