fbpx

iPhone tak dapat, duit melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang juruwang kerugian RM2,598 selepas ditipu penjual telefon pintar iPhone di laman Instagram, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula selepas gadis berusia 20 tahun tersebut melayari laman sosial itu pada tengah hari kelmarin.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa tertarik untuk membeli iPhone 11 dan iPhone XS Max yang dijual pada harga promosi serendah RM1,598 untuk kedua-dua unit tersebut.

“Semasa sedang bekerja, mangsa melayari Instagram penjual itu dan berminat dengan tawaran penjualan Iphone 11 dan Iphone XS Max.

“Mangsa menghubungi nombor yang disertakan dan melakukan transaksi pindahan wang ke dalam akaun milik seorang lelaki,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd. Wazir menambah, gadis tersebut kemudian dihubungi suspek pada petang semalam dan meminta bayaran pelepasan kastam serta caj-caj lain.

Ujar beliau lagi, mangsa lantas melakukan bayaran melalui beberapa transaksi pindahan wang ke dalam akaun lelaki berbeza.

“Selepas bayaran dibuat, mangsa disekat daripada menghubungi penjual tersebut sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh,” katanya.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI