fbpx

Gadis tipu ibu jadi pelajar Oxford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISAH Gulseren (kiri) dan anaknya, Merve (kanan) tular selepas didapati wanita itu ditipu anak sendiri yang konon belajar di Universiti Oxford – NEWSFLASH

ANKARA – Seorang gadis di Turki berpura-pura menjadi pelajar Universiti Oxford dan tergamak menggunakan duit kiriman ibunya yang bekerja keras menjual bunga untuk hidup mewah, lapor portal The Sun UK, kelmarin.

Merve Bozkurt, 25,  menggunakan pendapatan jualan bunga ibunya, Gulseren, 57, kononnya bagi menampung kos hidup di universiti tersebut.

Sebaliknya, dia yang tidak memiliki pasport masih berada di dalam negara dan menjadi ejen hartanah di Istanbul.

Tembelangnya pecah apabila stesen televisyen tempatan menyiarkan kegigihan ibunya yang sanggup berkorban untuk keluarga dengan menjual bunga di luar kawasan perkuburan.

Kisah Gulseren menjadi tular dan dibanjiri tawaran derma termasuk biasiswa bagi menampung kos pengajian anak gadisnya yang mendakwa sudah menyelesaikan tahun kelimanya di universiti itu.

Bagaimanapun, namanya tidak ditemui dalam senarai pelajar Oxford.

Gadis Turki yang mendakwa sedang menuntut di tahun kelima kursus perubatan di Universiti Oxford. – Twitter

Dia dilaporkan telah meminta maaf secara terbuka dan mengakui sikapnya yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya mereka-reka cerita. Saya membuat orang percaya kisah ini termasuk diri saya sendiri.

“Sebenarnya selama ini saya bekerja sebagai ejen hartanah di sebuah syarikat di Istanbul dan tidak pernah melanjutkan pengajian ke luar negara,” kata Bozkurt. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI